~ASSALAMMUALAIKUM~
ORANG SUNGAI SABAH
MY DAD ORANG SUNGAI , SO MENGALIR LA DARAH ORNG SUNGAI DEKAT BADAN NI HEHEHE :D LET'S CHIT CHAT ABOUT ORANG SUNGAI :)
Orang Sungai merupakan salah satu dari suku kaum asli di Sabah. Mereka kini digolongkan ke dalam kelompok suku kaum Kadazan-Dusundisebabkan mereka berkongsi adat resam dan bahasa yang hampir serupa. Orang Sungai kebanyakannya menetap di daerah Kinabatangan, Beluran, dan Kota Marudu, iaitu di kawasan Sukau, Bukit Garam, Tongod, Pinangah, Telupid, Sapi-Nangoh, Pamol, Paitan, dan Pitas. Selain itu, orang Sungai juga terdapat di Ranau, Lahad Datu, dan Sandakan. Terdapat pelbagai pecahan suku bagi bangsa Sungai itu sendiri, di mana bahasa-bahasanya juga berbeza mengikut daerah masing-masing. Kebanyakan Orang Sungai menganut agama Islam, tetapi terdapat sebahagian daripada mereka yang beragama Kristian dan animisme (tiada agama), khususnya di Tongod, Pinangah, Lahad Datu, dan Paitan.
Menurut banci yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Sabah pada tahun 2000 (Banci Penduduk dan Perumahan Tahun 2000), jumlah penduduk di Kinabatangan adalah seramai 86,783 orang (50,394 lelaki dan 36,389 wanita). Suku kaum yang terbesar di daerah ini ialah suku kaum Sungai (satu istilah yang diberikan kepada penduduk yang tinggal berhampiran sungai Kinabatangan yang terdiri daripada kelompok Idahan, Minokok, Mangkaak, Makiang, Rumanau, Sinabu dan Pingas). Selain itu, terdapat juga suku kaum lain seperti Tidong, Suluk, Kagayan dan Bugis (suku kaum yang berasal dari negara jiran seperti Indonesia dan Filipina).
Suku kaum Orang Sungai ini merupakan Pribumi Sabah yang ramai terdapat di Pantai Timur Sabah. Tetapi banyak orang tidak mengetahuinya kerana kurangnya pendedahan di media cetak/internet. Orang Sungai ini merupakan satu suku/etnik yang paling banyak didapati di kawasan Sandakan, Beluran, Paitan, Kinabatangan (Bukit Garam, Sukau, Suan Lamba, Bilit, hingga ke Paris Satu), Kuamut, Segaliud, Ranau (Sugut), Labuk (Telupid), Segama & Sepagaya (Lahad Datu), Madai, Tongod dan juga terdapat di Pitas dan Beaufort (banyak di Kg. Bambangan) Suku kaum Orang Sungai ini terbahagi kepada beberapa sub-etnik iaitu dinilai melalui penggunaan bahasa sukuan/linguistik.
i) Orang-Orang Sungai di kawasan Beluran,Ranau (Sugut), Paitan, Labuk (Telupid), Pitas dan Beaufort mempunyai bahasa sukuan yang SAMA kerana menggunakan dialek Paitanik.
HEHE I'M PROUD TO BE SABAHAN AND ORANG SUNGAI :) AND ISLAM :3
NI SUMBER DAPAT DARI PAKCIK WIKI :P

No comments:
Post a Comment